27 Disember 2008

My future is...

Sekarang aku dah 3年(san nen/3rd year), dan Insya-Allah tahun depan kalau tiada arah melintang, naiklah aku ke 4年(4th year). Sekarang ni, tengok kanan kiri, depan belakang, pusing 360 darjah, banyak bebudak Jepun dah mula carik kerja, pergi seminar sana, seminar sini. Cuak jugaklah diri ini. Tapi kita cuba cool-kan diri ini walaupun dalam hati ini, amatlah risau.

Pilihan aku sekarang ada 2. Sambung buat master, atau kerja. Untuk sambung buat master, duit memanglah menjadi salah satu masalah. Untuk kerja pula, dimana? Jepun? Malaysia? Nak kerja syarikat mana?

Bagi aku, kerja kat Jepun ni, bukanlah pilihan yang aku nak. Aku rasa, lebih baiklah aku curahkan segala bakti di tanah airku yang terchenta (patriotikla pulak).

Dan kalau kerja kat Malaysia, syarikat apa yang aku patut pilih? Aku memang nak kerja satu syarikat tu, sebab aku memang minat pun. Tak pun, kat syarikat yang kat seberang jalan dekat rumah aku tu. Lagi hidup senang.

Adala berbincang dengan senpai(senior) td. Aku ada cakap, yang aku risau pasal kerja ni. Die kata “jangan risau, tuhan dah takdirkan tempat ko kat mane, yg penting usaha".

Betul tu, usaha dulu baru tawakkal. apa-apa hal, aku kene habiskan 3年 ni dulu, baru fikir kerja. Lagipun, aku tak tau nak masuk lab mana nih...

Akhir kata, usaha tangga kejayaan. Dan selamat menyambut Maal Hijrah and Happy New Year...

Go Orcaz Go!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan