20 Ogos 2010

Bunga Matahari, x pns ke?

Posted in The World Of Orcaz(blog)

 Klu post yg lepas aku ceritakan pasal bunga ros (perang dunia ke-2), kali ni aku nk bercerita pasal bunga matahari.

Bila bercakap psl musim panas, mende2 yg tergambar kat dlm kepala org2 Jepun adalah: Laut, Tembikai, Kumbang (kabuto mushi) , bunga api, bunga matahari dan lain-lain.

Bunga Matahari ni cantik. Yg agak pelik dan ajaibnya, bunga dia akan menghadap matahari sepanjang masa. Xdela sampai 24 jam, waktu siang jela. Dr terbit matahari sampai terbenam matahari. Tp aku mendapat tau satu fakta yg korg entah tau atau x pasal bunga matahari ni.

Korg rasa, bahagian bunga untuk "bunga matahari", besar mana? Adakah dia berukuran beberapa puluh sentimeter dalam diameter? Jika anda berfikiran begitu, anda salah.

Sebenarnya, itu bukan bahagian bunga. Akan tetapi itu adalah bahagian kepala. Bunga yg sebenar bg bunga matahari sebenarnya hanya sebesar beberaoa milimeter dlm diameter. Ya, di bahagian tgh kepala tersebut.

Kalau tgk bebetul, susunan bunga itu amat menarik. Lg menarik susunan tersebut boleh diterangkan dgn formula dibawah.

r = c \sqrt{n},
\theta = n \times 137.5^{\circ},

dimana  θadalah sudut, r untuk jejari atau jarak dr pusat, dan n adalah nombor indeks untuk setiap kuntum bunga dan c untuk nombor pembolehubah tetap. Menarik bukan? Lg satu kenapa guna 137.5 darjah? mende ini ada kaitan dgn golden ratio. Xnk la ckp psl golden ratio nih. Pening kepala nnt.

Cerita balik psl bunga.

Dari situ, bunga2 itu akan kering lalu mendedahkan biji benihnya. Biji benih tersebut kita makan dgn panggilan kuaci. Kuaci, biji benih bunga matahari yg kurang isinya dan juga tidak mengenyangkan. Tapi sekali makan, xbuleh berenti beb. Lagi satu pendedahan, aku sebenarnya agak kurang mahir dlm mengopek kuaci. Org selalu gigit nk dpt isi, aku gigit terbelah terus. Gigi tajam sgt. Terpaksa guna gigi geraham yg ada kat belakang tu. Silap ari bulan leh tercekik aku.

Sekarang pasal kuaci pulak.

Perkataan "kuaci" tu sebenarnya dipinjam dr bahasa Hokkien.(apsal pinjam pulak. nnt kene pulang blk). Apa yg menariknya, byk perkatan Hokkien yg dipinjam mcm teh, beca, mi dan juga Jepun. yg psl mi tu, aku terjumpa satu definisi yg menarik.

Aku jumpa masa main scrabble kat FB. Definisi bg mi adalah "a type of Malaysian Noodle". Jd Mi/Mee=Malaysian Noodle.

Jd dpt disimpulkan disini, bahasa melayu adalah satu bahasa yg sentiasa berevolusi. bahasa Melayu piawai adalah bahasa melayu riau. dr situ ia berevolusi menjadi beberapa jenis bahasa melayu lain. Yg terbesar, BAHASA INDONESIA dan juga BAHASA MALAYSIA. Dlm ranking mengikut native speaker, bahasa melayu dpt no. 27.  tp ini tidak termasuk bahasa indonesia.

Kenapa?

Agaknya bahasa indonesia ni dah berevolusi lebih sgt dan agak jauh dr bahasa melayu piawai. Jd org yg wat survey nih xnk masukkan bahasa indonesia dlm bahasa melayu. Xnk tulis pjg sgt, aku penat dah. Panas tul ari ni.

Rasa nk pi tangkap gambar bunga matahari la pulak.

2 ulasan:

  1. aik.. bunga ntk bunga matahari kt bahagian tengah? jadi kelopak kuning disekeliling bunga tuh dipanggil apa?

    BalasPadam
  2. dlm bahasa inggeris diorg panggil sebagai corolla, sejenis kelopak. Kiranya, bunga matahari ni sbnrnya bunga dlm bunga.

    BalasPadam