16 Ogos 2010

Bunga Ros di Medan Perang

Semalam 15hb Ogos adalah salah satu tarikh yg penting dalam sejarah dunia. Pihak AS dan pihak2 bersekutu (dlm Perang Dunia Ke-2 /PD2) menamakan hari ini sbg VJ day (Victory over Japan) day. Kat Jepun, diorg panggil ari ni sbg Hari Tamatnya Perang.

Perang Dunia Ke-2

Penglibatan Jepun dlm peperangan bermula pd tahun 1931 dgn pendudukan wilayah Manchuria. Kemudian, sebuah negara boneka ditubuhkan di Manchuria. Sudah tentu is tidak diiktiraf oleh negara2 lain kerana penubuhan negara Manchuria bukanlah kehendak org2 Manchuria itu sendirik. Kenapa Jepun kenduduki Manchuria? Aku xnk tulis sbb nnt jd sgt panjang.

Sbb Jepun makin mara ke dalam China, AS mengambil keputusan utk membuat sekatan ekonomi. Jepun yg terdesak, ingin mencari bekalan yg plg berharga pd masa itu, iaitu petroleum kat tmpt lain.

Target Jepun ialah Indonesia, sebuah negara yg kaya dgn minyak, dan juga plg dekat dgn tanah Jepun. Tp sebelum sampai ke Indonesia, diorg kene musnahkan Singapura yg merupakan kubu kuat org Inggeris, tp sbnrnya lemah spt yg kita belajar time sejarah kat sekolah menengah dulu.

Tp sebagai langkah strategik, Jepun perlu memutuskan "lifeline" tentera British di Malaya dan Singapura iaitu Thailand dan Indochina.

Buat masa ini AS tidak dilibatkan. Akan tetapi pada Oktober 1941, PM Jepun dijawat oleh Komander Jepun yg bertanggungjawab merancang dan menjajah Manchuria. Sbb diorg menang terhadap Rusia dan China dlm peperangan sblm ini, diorg dgn confidentnya menghantar "surat ugutan" kepada AS supaya duduk diam2 dgn serangan Pearl Harbor. Maka dgn ini, bermulalah peperangan di Pasifik.

Tamatnya Perang

Setelah kemenangan tentera bersekutu di Eropah, Deklarasi Postdam yg menuntut Jepun menyerah telah dibuat. Beberapa bulan klu x silap aku, eksperimen bom atom telah berjaya dilakukan. Jepun dgn selambanya ignore Deklarasi Postdam. X lama slps itu Bom Atom dijatuhkan di Hiroshima dan juga Nagasaki.

Sbnrnya semasa pengebomam di Kepulauan Honshu mula dibuat, bom2 hanya dijatuhkan di kawasan2 sasaran tentera (mcm kilang, depot senjata dll). Akan tetapi, dgn dtgnya org atasan yg baru (komander barula sng citer) strategi ini berubah. Untuk menjatuhkan moral tentera Jepun, pengebomam secara membuta-tuli adalah perlu. Maka bom2 dijatuhkan do Tokyo, Osaka dan juga Nagoya. Kali ni org awam menjd mangsa. Ironiknya, komander yg mengarahkan pengeboman ini, menjadi "bapa" kepada tentera udara Jepun sekarang.

Setelah bom atom dijatuhkan, Maharaja Jepun mengumumkan bahawa Jepun menyerah tanpa syarat. Tarikh siaran / pengumuman tersebut adalah 15hb Ogos1945 (14hb waktu negara2 barat). Dokumen yg berkenaan ditandatangani pd 2hb September 1945.

Cerita kat belakang ①

Semasa serangan ke atas Pearl Harbor, rmi org Jepun xtau psl negara2 luar. Negara luar dianggap sbg evil, org2 Jepun dilarang belajar/ bercakap bahasa luar. Pengetahuan psl negara luar pun kurang menyebabkan rmi tentera pada masa itu dgn semangat berkobar2 menyerang Pearl Harbor tanpa mengetahui kehebatan AS. Diorg pun xtau yg siaran berkaler dah ada. Masa tu kat Jepun cuma ada black & white je.

Jd, selepas perang rmi yg berkata "kenapala kita pi serang Pearl Harbor". Dah terhantuk baru nk tergadah.

Cerita kat belakang ②

Tokyo Rose. Tajuk post kali ni.

Masa perang, NHK mula menyiarkan siaran yg berbentuk propaganda berbahasa Inggeris (xkanla nk bg hiburan kot masa perang). Salah satu segmen, Zero Hour, mempunyai DJ wanita. DJ ni punya la hebat smpi berjaya 'teka' serangan tentera2 bersekutu yg sepatutnya rahsia. Jd, askar2 memanggilnya sbg Tokyo Rose, seorg Witch dr Tokyo.

Selepas perang, seorg wanita bernama Iva Togura, rakyat Amerika berdarah Jepun ditangkap atas kesalahan mengkhianat. Sbnrnya ini semua adalah tuduhan palsu dan bermotifkan politik.

Mengikut dokumentari yg disiarkan td (aku tgk dokumentari selama 5 jam ari ni), dgn bantuan teknologi terkini, DJ yg bertanggungjawab utk segmen Zero Hour adalah 6 org. Iva Togura cuma salah sorg shj. Tapi sbb noise masa siaran (noise ini bertujuan utk mengganggu siaran), askar2 tersalah dgr dan menganggap hanya sorg je DJ yg bertugas.

Cerita kat belakang ③

Sbnrnya, rmi org Jepun yg menganggap mereka menjd mangsa perang dgn terjatuhnya dua bom atom. Rerupanya rmi yg xtau psl kekejaman Jepun di Manchuria. Bab2 psl PD2 pun diorg x bercerita sbb diorg anggap ini semua adalah sejarah hitam.

Tammat.

Jd, bersamalah kita melindungi dunia yg aman damai ini. Aku cuba pendekkan post kali ni, tp ia masih pjg.

World Peace

Post from a mobile device

2 ulasan:

  1. pergh.. nice aa info nih..
    5 jam dokumentari.. ko rekod x?? ;)

    BalasPadam
  2. mlgnya aku x rekod. :((

    BalasPadam