13 Ogos 2010

Untold Truth (BM POST)

Posted in The World Of Orcaz(blog)

Semalam, 12 Ogos 2010 genaplah 25 tahun peristiwa terhempasnya penerbangan JAL 123. Kenapa menda di hangat diperkatakan tiap2 tahun menyebabkan aku tertarik untuk menyelidik lebih lanjut.

Penerbangan JAL 123 adalah satu penerbangan domestik biasa antara Haneda, Tokyo - Itami, Osaka. JAL 123 tersebut berlepas dr Haneda pd 6:12 ptg. Akan tetapi selepas 12 minit penerbangan, kapal terbang tersebut hilang kawalan. Semua kwln hidraulik hilang serta merta. 32 minit selepas itu, JAL 123 terhempas di kawasan pergunungan ni Gunma, 100 km di Barat Laut Tokyo. Lebih 500 org mati dan hanya 4 org terselamat.

Puncanya ialah dicompression menyebabkan satu letupan menanggal ekor kapal terbang tersebut sekaligus memutuskan nadi kapal terbang; paip hidraulik. Ini menyebabkan kapal terbang tersebut hilang kawalan. Punca kepada semua masalah ini adalah kesilapan manusia semasa penyenggaraan beberapa tahun sebelum itu.

Sebenarnya pd thn 1978, kapal terbang tersebut mengalami tailstrike menyebabkan kerosakan pd struktur. Pembaikpulihan telah dijalankan akan tetapi ia hanyalah satu tindakan sementara. dalam kata lain, ia bagaikan bom jangka.

Untuk maklumat lanjut, baca kat wikipedia.

Xpun tgk dokumentari ni.





Sebenarnya ada satu lg punca yg menyebabkan bilangan korban meningkat. Iaitu lambatnya usaha mencari dan menyelamat.

Selepas JAL 123 hilang dr radar, Tentera Udara AS yg berpangkalan di Yokota yg terletak di utara jepun yg juga mengikuti serta memberi bantuan semasa penerbangan tersebut sblm terhempas telah menjalankan usaha mencari dgn menghantar pesawat C130. Setelah kawasan yg disyaki tmpt terhempasnya JAL 123, mereka menawarkan untuk menghantar pasukan penyelamat kepada pihak Jepun tetapi ditolak mentah2.

Pasukan penyelamat Jepun tiba pada waktu matahari hampir terbenam. Disebabkan kekurangan teknologi pd waktu itu, usaha menyelamat tidak dpt dijalankan sehingga pg esoknya.

Mengikut keterangan mangsa yg terselamat, rmi yg masih hidup sejurus selepas terhempas. Mereka semua mati di dalam kesejukan malam.

Kerajaan Jepun pd mulanya menafikan menerima tawaran dr Tentera Udara AS utk usaha menyelamat. 10 thn selepas itu apabila perkara ini dibangkitkan semula, Kerajaan Jepun mengakui menerima tawaran tersebut tetapi menolaknya atas alasan ia hanyalah maklumat palsu.

Dalam usaha menyelamat, walaupun maklumat tersebut palsu atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pihak yg berkenaan utk menyiasat. Akan tetapi, pada masa tersebut, tiada penerbangan dibuat oleh pihak Jepun kerana mereka berharap JAL 123 terbang rendah.

Kejadian lambatnya usaha menyelamat ini tidak pernah diungkitkan oleh sesiapa.. Aku dpt tau psl perkara ini setelah membaca artikel2 dan menonton video2 psl kejadian ini. Byk gakla buang masa.

Tp kenapa selepas 10 thn perkara ini diungkitkan kembali dan baru Kerajaan Jepun baru nak mengaku?

10 thn selepas terhempasnya JAl 123, berlakunya kejadian Gempa Bumi kuat di kawasan Hanshin (KOBE) pd tahun 1995.  Ramai yg menjadi korban.

Rekabentuk bangunan yg tidak kukuh dipersalahkan atas kemusnahan dan kematian yg dialami. Satu sebab yg boleh diterima akal. Tetapi, selepas diselidik dgn teliti, lewatnya usaha menyelamat dan organisasi sukarelawan yg x terurus, menjadi salah satu punca utama tinggi jumlah korban.

Sebenarnya, beberapa negara telah menawarkan bantuan. Salah satunya adalah Korea. Kerajaan Jepun menolak tawaran tersebut kerana ia adalah Hal Dalaman.

Bila aku meneliti kembali semua kejadian2 bencana selepas perang dunia ke-2, aku mendapati tiada negara luar terlibat dlm usaha mencari dan menyelamat walaupun drpd Amerika yg berpangkalan di sini. Kerana Ego dan ingin menjaga Pride org Jepun yg terlalu tinggi, tawaran2 ini semuanya ditolak dgn mentah2.

Ini mengingatkan aku interview Tun Dr. Mahathir yg dijalankan oleh sebuah stesen Tv di sini. Idea Tun utk mengelakkan krisis matawang seperti kawalan mata wang (telah dijalankan di Msia dan terbukti berkesan dlm mengurangkan 'kerosakan') dan juga Dinar Emas, telah ditolak mentah2 oleh pakar ekonomi yg dijemput oleh rancangan tersebut.

tetapi, inilah orang Jepun. Pride mereka terlalu tinggi. Selagi kita tidak berjaya (maksud berjaya disini ialah kewujudan orang Jepun x diperlukan), maka diorg xkan pandang kita.

1 ulasan: