20 Oktober 2010

The White Apple (BM Post)

Posted in The World Of Orcaz(blog) Posted in The World Of Orcaz(Photography)


Semua berlaku tahun lepas semasa aku nk tukar tepon lama aku [(M)ieSHa]. Ini semua kerna seorg kakak kedai tu. Aku telah termakan pujuk rayu dia, dan kini aku x boleh lepaskan diri dari...

iDEVICE

*iDEVICE=iPod, iPhone dan brg2 yg sewaktu dengannya.

Pada akhir bulan 2, tahun 2009 aku dengan rasminya adalah pengguna iPhone 3G. Pada waktu tersebut, x rmi yg guna iPhone nih. Nk kata aku yg first guna, xleh cakap jugak.

Setelah menggunakan beberapa lama, aku agak kagum dengan kelebihan iPhone. Ia mengingatkan aku kepada MieA yg telah dinyah-tauliahkan beberapa tahun yg lepas. Multitouch, apps yg menarik, dll amat menarik hatiku. Dan pada saat itu, aku tahu yg aku telah jatuh cinta. (cheh)

Kegilaan ini ditambah lg apabila aku mengetahui mengenai Jailbreak (JB dgn singkatnya). Dgn JB, aku boileh customized iPhone aku tanpa had! Aku igt lagi seorg jurujual kat kedai Maxis kat SACC tu agak hairan kenapa iPhone aku ni lain dr iPhone biasa.

Akan tetapi, kegembiraan aku tidak lama. Kedatangan 3GS yg x berbau menyedarkan aku: aku terlambat. Kelebihan iPhone 3GS seperti kompas dan video walaubagaimanapun bukan satu kelebihan yg besar.

Bagaimanapun, pada musim panas tahun lepas aku dpt berita mengenai iPhone yg baru. Setelah meneliti pasaran smartphone, aku tahu yg aku perlu menggantikan iPhone 3G aku dgn segera. Ini berdasarkan pengalaman aku dgn MieA dahulu.

Dengan tidak bercakap panjang, aku perkenalkan 2 iDevice yg mengagumkan. iPhone4 dan iPad.

iPhone4, and iPad


iPhone4 aku order 1 jam selepas order dibuka. iPad pulak aku beli akhir bulan 7 aritu.

Aku membuat keputusan utk membeli iPhone4 setelah mengikuti perkembangan iPhone. Mcm Steve Job cakap, iPhone4 is the biggest leap taken after the first iPhone. Speed iPhone4 adalah seperti apa yg aku inginkan. Dilengkapi dgn kamera 5MPx, ia juga satu alat photography yg menarik. Selain itu Retina display membuatkan gambar2 dan juga video kelihatan cantik. Viewing pictures and videos on a smartphone is never this beautiful!

iPad aku beli setelah mendapati yg aku perlukan sesuatu yg boleh aku gunakan dimana shj. Penggunaan PDF secara berleluasa memaksa aku mencari alternatif selain print. Tidak seperti netbook, iPad memberikan kebebasan. iPad boleh digunakan ketika anda berdiri, duduk, berbaring. Menggunakan iPad juga tidak menyakiti hati org lain. iPad xda keyboard,ini bermakna tiada lg bunyi bising!!.

Jika anda berfikir: iPad xleh sambung thumbdrive, xbest, - anda salah. Dgn JB, anda boleh gunakan thumbdrive anda! Tp x boleh guna external harddisk memandangkan iPAd tidak berupaya memberikan voltage yg cukup. Klu nk pki, kene sambung HDD tu ke external power dulu.

Tp, aku tidak mengesyorkan kepada org yg nk mencari netbook. Sbb iPad x berkemampuan mcm laptop/ netbook.. "iPad is for consumption, not creation"

-Post kali ni sbnrnya amat panjang dan aku telah cuba memendekkannya. Klu ada ayat2 yg tergantung tu...pepahamjela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan