31 Januari 2009

Innalillah...

Aku menerima satu berita yang agak menyedihkan hari ini.

Ayah sedara aku telah pun meninggalkan dunia ini pada hari Rabu yang lepas.

Berita ini, aku terima agak lambat kerana aku sedang menghadapi peperiksaan. Malah pada hari tersebut, ada 2 mata pelajaran yang perlu disetelkan.

Isterinya pula, sedang dirawat di hospital.

Banyak kenangan manis bersama arwah dan isterinya.

Rumah mereka ni dekat je dengan rumah atuk aku. Masa kekecik dulu selalu jugak pegi umah diorg untuk makan, main dengan kucing, ambik ais, main tanah kat depan umah die, pecahkan pasu bunga depan mata diorg, belum lagi selalu gaduh dengan anak diorg.

Memacamla.

Kepada sepupu-sepupuku, bersabarlah. Ini semua adalah ujianNya.

Ucapkanlah Innalillah...

1 ulasan:

  1. Innalillah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh

    BalasPadam