13 Ogos 2009

Tadaima (I'm home) - BM post

Akhirnya aku selamat sampai kat Kobe nih.

Perjalanan pulang aku takla selancar perjalanan pergi.

Memula, ada satu train tu lambat sampai 12 mnt. Pastu, train yg sama jugak terdelay sampai dekat 30 minit sebab traffic, dan juga gempa bumi.

Walaupun begitu, kecekapan JR west menyebabkan aku sampai di rumah pukul 8 td. Kiranya hanya beberapa minit lewat drpd yg sepatutnya.

Dalam keboringan duduk dlm train yg tak bergerak td, aku telah mengambil keputusan untuk memindahkan post2 yg berkenann dr blog album aku ke blog ini. Sistem pengkategorian akan digunakan. Blog album aku akan dijadikan photo blog aku. More pictures.

Dan aku akan mengupload gambar2 bukan lg dalam format flash. Akan tetapi ke satu website baru. Jd, sesapa yg takda akaun FB tu ataupun sesapa yg tak add aku kat FB tu lehla tgk.

Dr segi speed, tiada perubahan. Tetap lembab jugak. Tp, aku akan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian.

Kerja2 pengubahsuaian ini dijangka bermula minggu depan.

-cerita2 kat tokyo akan aku post kendian. Skang ni sibuk.

Posted in The World Of Orcaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan