18 November 2010

Black Empire [BM Post]

Posted in The World Of Orcaz(blog)

Sejak semalam, antara berita yg amat hangat yg keluar di kaca-kaca... eh.. skang ni dah canggih... ehem.. yg keluar di skrin-skrin TV dan juga muka hadapan akhbar2 tabloid, adalah penaangkapan org no.2 satu geng Yakuza di Jepun, Yamaguchi-gumi (Geng Yamaguchi/Yamaguchi Gang).

Dengan sejarah hampir 100 tahun (dibentuk pada 1915), Yamaguchi-gumi ni merupakan kumpulan Yakuza yg terbesar kat Jepun nih. Dengan melakukan aktiviti2 jenayah yg dapat korang agak, dari memukul dan mengugut sampailah membunuh dan merampas, Yamaguchi-gumi ni merupakan satu target yg paling besar dan amat lumayan bg pihak Polis.

Sebesar mana Yamaguchi-gumi nih?

Mengikut sumber yg hampir boleh dipercayai, mereka yg berdaftar dgn Yamaguchi-gumi nih merupakan lebih kurang 45% daripada populasi Yakuza di Jepun. Besar kan? Jadi x heranlah kalau Polis pun dok pening kepala cemana nk hapuskan group yg besar lg dipandang hormat nih.


Your "Friendly" Neighbourhood: Yamaguchi-gumi

Selain melakukan aktiviti-aktiviti jenayah seperti membunuh Mayor Nagasaki, Yamaguchi-gumi nih juga banyak melakukan aktiviti2 kemasyarakatan terutamanya di kawasan Nada, Kobe. Macam x caya pulak.

Kenapa Nada, Kobe?

Sebab kat sini lah terletaknya HQ diorg. hanya beberapa ratus meter dr umah aku.

Antara bantuan diorg:
-1995, masa gempa besar melanda Kobe, Yamaguchi-gumi memberikan bantuan kepada rakyat tempatan. Malah katanya, lebih efisyen drpd bantuan kerajaan.
-2009, semasa pendimik H1N1 menggugat kesejahteraan Kobe, Yamaguchi-gumi ada menghadiahkan sekotak topeng/ penutup hidung dan mulut kepada sebuah tadika berhampiran di sini. Tp ia dipulangkan oleh pihak Polis atas alasan "We don't support terrorism.. eh.. criminals".

Yama-Ichi War

Pada satu ketika di lewat 80-an, peperangan atau pergaduhan di antara geng Yakuza ni berada di tahap yg agak melampau. Tembak-menembak di jalanan merupakan satu perkara yg agak biasa.

Yama-Ichi War merupakan perang yakuza yg berlangsung selama 5 tahun antara Yamaguchi-gumi dengan Ichiwa-kai (Perjumpaan Ichiwa (?)). Ia dimulakan apabila salah satu group dalam Yamaguchi gumi berpecah dgn membentuk satu geng baru, Ichiwa-kai yg berpusat di Osaka.

Selepas tu, ia berkembang menjadi satu perang. Tiap-tiap group menghantar beberapa pembunuh (ala2 komando gitu) dalam beberapa siri. Dan kemudian berkembang lagi menjadi satu killing spree.

Pergaduhan ini berlaku di sekitar Kansai dgn keputusan Yamaguchi-gumi kekal dan Ichiwa-kai lesap. Tp kemenangan ini merupakan Pyrrhic victory. Satu kemenangan yang amat tinggi kosnya bg Yamaguchi-gumi.

------------------

begitulah ceritanya sedikit sebanyak pasal berita ari ni.

Sekian dibawakan kepada anda dr Studio 1. saya,  Orcaz berundur di sini.

2 ulasan:

  1. mak ai.. belah kansai pon ada yakuza ghupe nyer...

    BalasPadam
  2. Kansai la pusat yakuza sebenarnya. sbb tu klu drama toka, manga toka title banyak yg guna ミナミ (area selatan kat Osaka)

    BalasPadam