26 Januari 2011

Berat yg berubah, xde kene mengena dgn diet.

Posted in The World Of Orcaz(blog)

Terbaca satu artikel dimana para sainstis perlu membuat definisi semula 1 kilogram.

Kalau anda nak tahu (patutnya semua org tahu), 1 kilogram adalah satu unit yg mengikut International standard.

Kalau zaman dulu, kita mengalami satu masalah dimana ukuran amatlah tidak konsisten mcm ukur panjang, hasta, jengkal, dll. Kita, manusia sejagat kini mengalami masalah ukuran yg semakin besar.


Apa isu nih?

Definisi 1 kilogram ialah, berat sebijik besi yg disimpan dekat satu lokasi di Perancis. Setiap benda yg sama berat dgn besi tu dianggap 1 kilogram. Tapi sebenarnya, besi yg disimpan itu sendiri dikatakan sedang mengalami kekurangan berat. Ini bermakna, 1 kilogram yg kita ukur pada tahun 1900, sebenarnya lagi berat drpd ukuran 2000.

Sebenarnya, logam/besi standard ni, hanya dikeluarkan dr tempat simpanannya selama 3 kali shj. 1889, 1946 dan 1989. Dan setiap kali ia dikeluarkan, beratnya dibandingkan dgn copy yg diorg buat. sbb, logam standard ni amat sensitif. Bersin sikit ke, ada habuk sikit, tercalar sikit, boleh membuatkan besi/logam standard tu kehilangan/bertambah molekul.

Dalam bidang sains, perkara ni amat serius. Perubahan berat bg logam/besi standard bermakna, semua ukuran kat dunia ni salah serta-merta. Kalau sesiapa yg duduk lab mesti terasa. Contohnya mcm aku, ralat plg besar yg boleh diterima hanyalah 0.1 darjah selsius. Ini pun kira mcm level rendah je. Ada yg perlu tepat sgt sehingga 1% ralat pun x diterima.

Jd, apa masalah yg dihadapi oleh besi tersebut? Setiap kali dikeluarkan untuk dibandingkan, dibersihkan, diangkut, ia akan tercalar sedikit demi sedikit. Ini membuatkan besi tersebut mengalami kehakisan molekul. Lebih 120 thn, molekul yg hilang boleh dikatakan dalam keadaan yg membimbangkan.

Utk kes meter, dulu ada besi yg dinamakan meter-bar. meter-bar adalah meter standard. Dan pada tahun 80-an, ia didefinisikan sebagai
The metre is the length of the path travelled by light in vacuum during a time interval of 1299 792 458 of a second.[1]
Ini kerana, ukuran menggunakan meter-bar ada ralat yg makin tidak boleh diterima dalam bidang sains yg semakin maju ni. Walaupun definisi kini menggunakan cahaya (light), tp sebenarnya, menggunakan cahaya dgn wavelenght tertentu.

Agaknya apa definisi kilogram yg terbaru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan