25 Januari 2011

OLD NEWS, and yet they never got it right (9 points given) - [BM Post]

Posted in The World Of Orcaz(blog) Posted in The World Of Orcaz(Hobby Matter)

Petikan dr Utusan Melayu (ditulis semula dlm rumi utk bacaan umum)

==================================================================-

Putrajaya – Filem animasi bukan sahaja diminati kanak-kanak tetapi turut menjadi kegilaan golongan dewasa di seluruh dunia. Selain gambar grafiknya yang mempersonakan ditambah jalan ceritanya yang menarik ia mampu memikat orang ramai untuk menontonnya.
Di Barat antara animasi kartun yang popular seperti Tom and Jerry, Bug Bunny dan Toy Story menjadi kegilaan kanak-kanak di seluruh dunia.
Produksi animasi dari Negara Asia seperti Jepun juga semakin mendapat tempat dihati peminat tempatan melalui karya Dragon Ball, Naruto dan Pokemon.
Namun begitu terdapat juga bahan tayangan dalam bentuk animasi itu menonjolkan imej yang keterlaluan dan tidak sesuai dijadikan bahan tontonan kepada masyarakat umum khususnya kanak-kanak.
Terdapat produksi animasi yang keterlaluan dan tidak layak ditayangkan di Negara ini tetapi mudah didapati menerusi VCD atau DVD haram yang dijual dipasaran gelap. Ini kerana terdapat peniaga yang mengejar keuntungan semata-mata sehingga sanggup memasarkan tanpa memikirkan kesan baik atau buruk kepada masyarakat walaupun ada beranggapan ia hanya satu bentuk hiburan semata-mata. Terdapat imej atau unsur ceritanya tidak sesuai untuk ditonton apatah lagi oleh generasi muda.
Mengulas mengenai kebimbangan itu pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LFP) Datuk Mahmud Husin Syafie mengakui VCD atau DVD filem animasi dari Jepun dikesan banyak memaparkan unsure-unsur yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak berbanding animasi dari Barat.
Menurutnya animasi dari Jepun berbeza dengan Negara barat kerana ia dianggap terlalu moden sehinggga melangkui moral masyarakat.
Animasi dari Negara barat banyak menyiarkan cerita-cerita lagenda dan dongeng masyarakat mereka seperti Cinderella, Snow White, Alice in Wonderland dan sebagainya.
Sementara animasi dari jepun pula banyak menyelitkan perkara-perkara mengenai kehidupan social yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak” jelasnya.
Beliau menambah terdapat sesetengah VCD atau DVD filem animasi dari Jepun dikesan kurang sesuai kepada kanak-kanak bukan dari segi ceritanya tetapi lebih kepada karekter yang terdapat dalam sesuatu cerita tersebut.
Cerita animasi itu merupakan cerita biasa sahaja tetapi dalam cerita tersebut diselitkan sesatu perkara yang tidak sesuai seperti pakaian wanitanya yang menjolok mata dan aksi ganas.
Mohd Husin memberitahu banyak DVD animasi haram dari Jepun yang tidak ditapis boleh didapati dengan mudah dipasaran gelap.
Malah katanya ada ibubapa yang mengambil ringan perkara tersebut dangan membelikan anak mereka DVD animasi Jepun tanpa memeriksa kandungannya terlebih dahulu.
Ia boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan animasi tersebut jika tidak diberi bimbingan ibubapa” jelasnya.
Mengenai prosedur penafisan sesuatu filem itu beliau berkata pengedar atau penerbit akan menghantar filem atau drama kepada LPF untuk dinilai dan diteliti kandungannya.
Kemudian ia diserahkan kepada ahli lembaga LPF dan tiga orang ahli panel akan menonton serta meneliti filem tersebut.

=================================================================

Apa yg ditulis x salah, tp malangnya byk sangat maklumat yg x betul.

no.1 - Contoh yg diberikan amat tidak sesuai. Mcm nk bandingkan kereta sport dgn SUV, kereta jugak dedua nih.

no.2 - Animasi barat tidaklah secomel itu sehingga sesuai ditonton oleh kanak2 (golongan yg jd target dlm artikel nih). Animasi barat byk unsur2 ganas. "banyak menyiarkan cerita-cerita lagenda dan dongeng masyarakat mereka"? HAAA????? Yg ni yg mereka tau, dan yg berjaya dibawa masuk ke Msia.

no.3 - Animasi dr Jepun bukan semua untuk kanak2. Parents je.. oops masyarakat kita je yg berfikiran agak tidak luas. Animasi bukan untuk kanak2 sahaja. Ia khas untuk semua lapisan masyarakat mcm filem yg disiar kat panggung. Ada filem utk kanak2, dewasa, wanita, lelaki, dan seisi keluarga.

-biasanya animasi utk kanak2 disiar pd hari sabtu/ahad pagi (sblm 10pg) dan utk hari2 lain, antara kul 8~9 pg.
-utk seisi keluarga disiar dlm waktu prime antara kul 5ptg  hingga 7 mlm.
-utk dewasa dan juga remaja dimana mereka2 ni golongan yg suka stay-up, disiar antara pukul 12 tgh mlm hingga 4 pg.

no.4 - "Cerita animasi itu merupakan cerita biasa sahaja tetapi dalam cerita tersebut diselitkan sesatu perkara yang tidak sesuai seperti pakaian wanitanya yang menjolok mata dan aksi ganas."

Yg ni bukan salah jepun, salah barat gak. Yg mempopularkan miniskirt kat Jepun adalah org British, yg membawa aksi2 ganas pulak di pengaruhi oleh amerika. (pemakaian skirt pendek adalah sesuatu yg biasa di sini)

no.5 - "ada ibubapa yang mengambil ringan perkara tersebut dangan membelikan anak mereka DVD animasi Jepun tanpa memeriksa kandungannya terlebih dahulu."

 Salah ibubapa yg berkenaan yg menganggap animasi=kartun=khas utk kanak2.

no.6 - klu rasa animasi Jepun x sesuai, maka silalah berfikir kembali utk mereka rasa yg Budaya Jepun ni patut diterap ke dlm budaya kita. Kebanyakan jalan ceritanya menggambarkan situasi masyarakat kini.

no.7 - dan jika anda rasa animasi Jepun ni x sesuai utk dibawa ke Msia, silalah pula berfikir tentang kesesuaian filem/drama barat yg memaparkan mende yg lebih kurang sama.

no.8 - Jgn jadi mcm KOSMO! yg membuat artikel salah pasal ANIME dan langsung xde "ralat" ataupun kenyataan maaf. Klu hal biasa pun xde mende2 camni, bayangkan pula hal2 mcm politik. Lg banyak fitnah.

no.9 - Aku tulis post kali ni dalam keadaan yg amat ekstrim, jd nk check satu2 mende ni amat membebankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan