22 September 2010

Banci penduduk (BM Post)

Posted in The World Of Orcaz(blog)


Macamana nak tau jumlah penduduk sesuatu negara dgn agak tepat?
-Dengan mengira jumlah penduduk.

Sebenarnya, tgh lepak jln2 berehat kat skola, aku ternampak satu poster.


Population Census, atau dalam Bahasa Malaysianya: Banci Penduduk.

Setelah duduk lebih 4 thn kat sini, nila first time ada banci penduduk. Dan diorg pilih 1 Oktober utk buat bancian nih.

Pastu balik umah, ada pulak kertas yg terselit kat dlm peti surat aku. Pasal mende yg sama jugak. Tp kali ni dia ada terangkan prosedur bancian yg bakal dibuat.

  1. Ada pembanci akan dtg umah bg borg. 
  2. Pastu, isi borg tersebut.
  3. Bg borg itu kpd pembanci atau post.

Mudah kan? hanya 1,2 dan juga 3.

Tgk macam lebih kurang kat Malaysia. Apa yg aku tau, bancian penduduk kat Malaysia nih dijalankan 10thn sekali. Untuk menddapatkan maklumat lanjut, aku yg agak rajin sikit kali ni mencari maklumat berkenaan.

Amat bertuah kerana thn 2010 adalah thn bancian. Tp diorg dah buat bln Julai lepas.

Menurut maklumat yg diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci dijalankan bwh Akta Banci 1960. Banci sblm ni dijlnkan pd thn 1970, 1980, 1991 (eh lewat 1 thn?) dan 2000.

(cut and paste)
Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.

b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
  • Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
  • Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.
c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;

d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;

e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan

f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa
(cut and paste end)

Hari banci dijalankan pd 6 Julai yg dikatakan satu hari yg mempunyai mobiliti penduduk plg minimum. Huh? Cemana diorg leh ada statistik camni.

Tp yg menariknya, kat Malaysia ada tiga cara utk buat banci nih. Selain cara temu ramah dgn isi borg. ada cara isi sendiri kat web yg diberi nama e-census. Canggih tul negara ku ini.

Banci ni penting utk menentukan hala tuju masa depan negara. Selain dpt tau jumlah penduduk dgn lebih tepat. banci juga utk survey tmpt tinggal korg. Org yg keje apa, duit byk mana, duduk kat tmpt cemana.

Berbalik kembali kepada banci kat Jepun nih.

Aku check2, takde pulak cara banci temu ramah. Aku difahamkan, ni atas sbb privasi.

Kat Jepun nih, ada satu mende yg x dilaksanakan kat Malaysia. Sekali dlm setahun (kot, brapa kali pun aku x pasti), cikgu2 kelas akan melawat rumah2 anak murid mereka. Mende ni biasa buat masa sekolah rendah je. Tp kebelakangan ni, byk parents x membenarkan cikgu ni masuk umah atas sbb privasi. Ada jugak yg berborak guna interphone je (kes klu umah apartment / kondominium yg ada password klu nk masuk bangunan).

ish ish ish. Org Jepun ni asyik pentingkan privasi jer. Patutla mati sengsorang dlm umah pun dah bau busuk baru sedar. Jgnla kita jadi camni ye rerakan.

(tp 10 thn sekali x terlalu lama ke?)

Salam 1 Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan