07 November 2010

AKI desuuuu [BM Post]

Posted in The World Of Orcaz(blog) Posted in The World Of Orcaz(Hobby Matter) Posted in The World Of Orcaz(Photography)

Jarang aku post utk 3 kategori skali nih.

Skang ni dah bulan 11, dah masuk musim luruh atau dlm bahasa Jepun nya AKI. Musim aki ni antara musim yg tercantik sbb daun2 ni dah mula kering. Merah, kuning, oren, warna2 yg warm lah kata org tu.

Cuaca pun dah mula sejuk, dan cakap pasal AKI ni, salah satu ciri2 dia ialah cuaca. Cuaca musim ni sng berubah. Smpi ada peribahasa Jepun:

女心と秋の空

Onna gokoro to aki no sora : Hati perempuan dan langit musim luruh.

Maksud dier, seperti cuaca time2 AKI nih, begitu jugak dgn hati perempuan terhadap lelaki. Sng berubah.

Hmmmm... Betul ke? Betul kot.. Tp sebenarnya, peribahasa ni x wujud asalnya.

Apa? Mmgla x wujud klu org x buat. Ntah sapa tulis memula pun aku pun x tau. Tp dikatakan, peribahasa ni sebenarnya telah diubah. Asalnya?

男心と秋の空

Otoko gokoro to aki no sora: Hati lelaki dan langit musim luruh

No comment...

haha

Ok, tinggalkan peribahasa.

Time2 AKI ni yg amat cantik nila amat sesuai untuk amik gambar. Dgn jaket, berlatar belakangkan daun2 berguguran. Macam Autumn Sonata.

Untuk itu, FOX PROJECT!

Ya... Fox Project dtg lg. Kali ni akan dibuat di pertengahan bulan 11. Minggu ni. Dan Fox Project ini diberi nama Fox Project: AKI 2010.

Dalam byk2 Fox Project, AKI 2010 adalah Fox Project yg mengambil bajet yg amat banyak, dan tenaga manusia yg ramai. Buat masa ni ada 17 org untuk main event (x termasuk aku). Dan untuk Fox Project kali ni, 2 MieA device akan pergi ke satu airport yg agak terkenal untuk melihat design yg dikatakan amat cantik. Adakah mereka akan berjaya?

Bila nk upload gambar?

Untuk Main Event, kami akan sedaya upaya akan menyediakan gambar (tanpa kantoi) sesegera mungkin. Untuk Event sampingan, gambar yg diupload akan dikenakan privasi yg amat ketat (cuma beberapa org je yg boleh tgk). Untuk public, tunggu tahun depan kot. Gambar2 masa Fox Project D12 (yg pegang rekod, suhu paling rendah, jarak perjalanan paling jauh, dan juga masa yg paling lama: 4 ari [kot]) pun aku x upload lg.

Bg aku, setakat ni, Fox Project D12 adalah Fox Project yg paling berjaya setakat ni dgn thp kekantoian pd tahap minimum.

Tp kan, aku sering ditanya "Kenapa x ajak?". Satu soalan yg aku bosan dgr.

Satu je jwpn aku, "Kenapa x ajak?". Pikir sendirik. Jawapan dah ada, tp buat2 bodoh lak. (sbb yg tanya org yg sama. 超ムカつくですけど << first time aku ckp kat manusia lain).

Tp, klu org yg berkenaan nk ikut sgt, boleh je. Cuma kali ni mesti ada duit dan masa. Aku rasa kat Kobe ni xde calon sesuai. どうでもいい!!

Ok, skang pun rmi dah mula sibuk dgn kenkyuu memasing (kecuali aku sbb device tu sendirik yg rosak). Maka aku ucapkan AKIramenai de!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan