10 November 2010

Suicide [BM Post]

Posted in The World Of Orcaz(blog)

Duduk kat Jepun ni, ada banyak berita pasal bunuh diri. Macam2 sebab ada. Sudah tentu mereka ni semua menghadapi tekanan. Antara tekanan kerja, tekanan kewangan, dan tekanan yg ditekan-tekan.

Baru-baru ini, ada seorang budak sekolah rendah membunuh diri. Sebabnya: buli dan keseorangan. Punyala budak yg akalnya masih mentah, pengalaman hidup x byk mana, mersakan tekanan yg amat dahsyat lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kenapa agaknya...

Dari kes ni, ada beberapa "kebenaran" mengenai Jepun ni.

1.Buli

Klu kita kat Malaysia, mesti kita pernah dgr perkataan "raging". Zaman sekarang memanggilnya buli tanpa belas kasihan. Kat negara kita, biasanya yg kuat membuli ni ialah senior. Kekerasan digunakan untuk membuktikan dirinya "berkuasa".

Tp kat Jepun ni bentuk bulinya lain sedikit. Mereka bukan sahaja dibuli dr bentuk fizikal, malah mental. Biasanya mereka yg dibuli ini, akan dipulaukan oleh mereka disekeliling. Plg baik pun kene pulau dgn classmate.

Nk mengadu kene ignore. Nk ckp dgn parents... Korg pun taulakan, klu mengadu kat parents nnt org ckp anak manja lak.

Bukan sahaja org yg dibuli ni kene pulau, dicerca, dihina, dan byk lg perkara yg membencikan.

2.Xnk nyusahkan org lain

Klu kebanyakan org Melayu x buat aduan atau komplen atas satu2 perkara, kebanyakan jwpn yg diterima ialah "malas". Tp klu org jepun ni klu kene buli, kene tindas, kene apa2  dan x buat aduan, diorg akan ckp "xnk menyusahkan org lain". Kenapa? Sbb jika buat aduan, banyak mende yg agak "menyusahkan" akan berlaku.

Klu di"sama"kan dgn situasi dekat Malaysia, klu ada kes buli, nnt dtgla polis, dtgla pegawai itu, cikgu itu kene panggil, org itu kene panggil, org2 akhbar dtg wat interview. Xke leceh tu.

3. Defininisi kawan

Bg org Jepun, definisi kawan cuma ada satu: best friend. Classmate bukan kawan, satu batch bukan kawan, satu group bukan kawan. Malah, skang ni ada mcm jenis kawan klu mengikut org Jepun ni. antara nya: Kawan SMS (ala2 penpal gitu),  Kawan minum, Kawan makan bersama. Leh pulak dibahagi-bahagikan kawan nih. Ish Ish Ish.

------------------

Banyak lg. X cukup nk tulis kat sini. Of course, nnt mesti ada org bantah ckp aku. Perlu dicakap disini, anda bukan betul, dan juga bukan saya betul. Inilah namanya pendapat. Klu x setuju dgn pandapat aku, ok. Xde masalah. Xkan jd masalah pun.

Maka, kali ni stop kat sini. Nk wat draf utk post lain lak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan